Asfa Coway

WAKAF UNTUK SAHAM AKHIRAT

“AKHIRNYA TERCAPAI IMPIAN NAK WAKAF PENAPIS AIR”

Hari ini, hari yang sangat gembira dalam hidup Kak Ida sebagai Coway Specialist Advisor. Berjaya membantu merealisasikan impian seorang hambaNya yang tabah dan kuat. Thanks Ticer Hayati Sani.

Awal Januari 2019, ada PM masuk di Page Asfa Coway. Tinggalkan no telefon untuk Kak Ida hubungi. Seperti biasa, Kak Ida melayan PM dari Ticer Hayati yang kini menjadi kastemer Kak Ida.

Pada perbualan awal, Kak Ida ingatkan beliau seorang Doktor di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Bila stalker FB beliau, dan amat terkejut. Beliau merupakan patient istimewa di situ.

Kerana kesukaran untuk mendapatkan air minum. Perlu mengikut jadual yang ditetapkan. Beliau berazam untuk mewakafkan Penapis Air Core dari Coway untuk manfaat warga Wad 2 Teratai.

Dengan penuh cabaran dan dugaan. Kenapa Allah pilih Kak Ida untuk bantu Ticer dalam hal ini. Ticer nak Kak Ida datang ke wad 2 Teratai. Kalau boleh hari tu jugak. Tapi Kak Ida berjanji akan datang ke esok kan harinya.

Dalam kekalutan, anak baru memulakan persekolahan di sekolah baru. Dengan kekangan wang. Dengan masalah transport yang dah uzur. Kak Ida mohon supaya Allah mudahkan urusan Kak Ida.

Esoknya, lepas hantar semua anak-anak ke sekolah. Kak Ida dan Abang Mad bertolak ke Kuantan. Dengan kereta yang dipinjamkan oleh adik ipar Kak Ida. Dengan berbekalkan duit minyak dan tol sahaja.

Alangkah terperanjat semua warga Wad 2 Teratai apabila, Kak Ida sampai. Rupanya, Ticer dah suarakan hasratnya kepada Sister Rohana. Untuk mewakafkan penapis air. Mereka ingatkan Ticer beromong kosong.

Kak Ida juga sangat terkejut, rupanya prospek Kak Ida seorang Ticer yang telah kehilangan kedua-dua kaki, akibat kencing manis. Selepas berkenalan. Kak Ida menceritakan prosedur yang sepatutnya. Dan beliau bersetuju.

Selesai urusan di Wad 2 Teratai, Kak Ida singgah di rumah sepupu Kak Ida di Indera Mahkota. Tumpang solat Zuhur. Lagi pun memang niat Kak Ida nak ziarah beliau.

Kerana sewaktu dia balik ke kampung, Kak Ida tak sempat jumpa dia. Mami kata Kak Mah sakit sekarang. Jadi Kak Ida ajak Abang Mad singgah untuk melawat Kak Mah. Yang kini telah dijemput Ilahi.

Seminggu kemudian, Kak Ida uruskan pesanan belian Ticer. Apabila semua dokumen diperolehi dan jumlah cash bernilai RM4k++ telah di”Transfer” ke akaun Kak Ida. Begitu percaya dan berharap dia pada Kak Ida. Ya Allah. Engkau Maha Mengetahui.

Apabila pesanan telah berjaya, timbul masalah di Pihak Jabatan. Perlukan kelulusan daripada Jabatan Kesihatan Pahang. Mengambil masa 1 bulan setengah untuk mengeluarkan surat kelulusan.

Pagi Jumaat bersamaan 22 Mac, Kak Ida terima wasap daripada Puan Matron Aimi. Dan dalam waktu yang sama Kak Ida call DSC Pahang. Bercakap dengan Sis Aya yang menguruskan pemasangan Ticer Hayati. Berjanji akan pasang pada keesokannya.

Untuk pengetahuan semua, apabila order berada di dalam sistem lebih daripada 60 hari, pesanan akan terAutoCancel. Sis Aya call Kak Ida, terkejut beliau. Cari dalam sistem. Order dah ter”AutoCancel”.

Ya Allah. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui perasaan Kak Ida. Macam mana nak explain pada Ticer dan pihak hospital. Cek telah di”Refund”. Kak Ida berharap supaya cek tidak lagi dipos. Setiap hari bertanya status dengan Manager Kak Ida.

Tiba-tiba, Kak Ida menerima wasap daripada Puan Matron Aimi. Cek refund sampai di Wad 2 Teratai. Dia bertanyakan kenapa? Ya Allah beri aku kekuatan. Kak Ida pun cerita apa yang berlaku. Dan berjanji akan segera mengambil cek di Wad 2 Teratai dan bank in semula ke akaun Ticer.

Berfikir, bagaimana pulak Kak Ida nak berdepan dengan Ticer. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Kak Ida tekad call Ticer. Tak dapat. Cuba wasap Ticer. Ada respon. Telefon Ticer ada masalah. Tapi masih boleh wasap. Kak Ida berwasap menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.

Ticer terkejut. Kata beliau, ingatkan dah siap pasang. Alhamdulillah, Ticer tenang dan tabah. Kak Ida “replace” order Ticer. Kak Ida minta Ticer “advance” RM500 untuk “resubmit” order. Dan bakinya Ticer boleh transfer apabila cek dah clear.

Kak Ida tak nak menyusahkan Ticer. Sebab, pastinya Ticer memerlukan belanja yang besar untuk kesihatannya. Ya Allah, seusai solat Asar semalam, Kak Ida terima wasap dari Ticer. Ticer dah bank in bakinya ke akaun Ida.

Ya Allah Ya Barri, mudahnya pengurusanMu. Engkau Yang Maha Mengetahui dan sebaik-baik Perancang. Muhasabah diri. Allah memilih aku untuk mendidik aku. Banyak pelajaran dan pengalaman yang dapat ku kutip. Belajar bersabar dan bertawakal hanya padaNya.

“Be Youself, You’re strong”. Alhamdulillah. Thank You Allah. Thank You Mami & Bob. Thank You My Hubby. Thank You My Kids. Thank You to all support me. Luv U all so much❤

AsfaCoway

LivingBetter

BeatYesterday

Empowered by #CSTeam since 2007

www.asfacoway.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *